Kenapa ?

Sejak pertama kali kita bersua 
Bertentang mata 
Hati ku seakan terusik 
Oleh sinar panahan mata mu 
Rekahan senyuman yang terukir unik di bibir mu 
Seakan telah membangkitkan 
Rasa kerinduan yang tak bertepi 
Sejak dari hari itu 
Hati ini ternanti-nanti 
Panggilan dari mu 

Namun ......
Engkau tetap membisu seribu bahasa 
Tak pernahkan dikau menyedari
Kehadiran ku di sisimu
Atau dikau yang sengaja menjauhkan diri
Membiarkan diriku terkapai-kapai
Kelemasan di dalam lautan kerinduan tak berpantai
Dan aku di ibaratkan menanti
Terbitnya suria di ufuk barat
Yang tak mungkin akan menjadi realiti 
Aku tak memaksa dirimu
Untuk menerimaku menjadi sebahagian dari hidupmu
Kerana aku menyedari
Aku bukanlah "PRINCE CHARMING" impianmu
Kelemahan dan kekurangan tetap ada
Jika dibandingkan denganmu
Ibarat langit dengan bumi
Biarlah aku hidup begini
Hidup bertemankan bayangmu
Hanya satu yang perlu kau tahu
Sekali aku jatuh cinta
Selamanya aku SETIA ...